"Dan
orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara
orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan
baik, Allah ridha kepada mereka dengan mereka dan mereka ridha kepada
Allah.Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai.Mereka kekal di dalamnya selama- lamanya.Itulah kemenangan yang
agung."(QS. At-Taubah: 100)
Terdapat forum
menyatakan bahawa bukan hanya 10 orang sahaja Sahabat yang dijamin masuk
syurga, walhal banyak hadis-hadis lain yang sahih yang menunjukkan bahawa
begitu ramai para sahabat (ra) dan umat Islam yang dijanjikan syurga.
Sebagai contohnya:
Saidina Bilal Bin Rabah (ra) sendiri telah diberikan pangkat sebagai “ahli
syurga” kerana beliau (ra) merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya
( air sembahyangnya ) di dalam jangkamasa yang lama. Saidina Abu Darda’ (ra)
juga digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya
yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap
sesama manusia.Saidina ‘Ukasyah (ra) juga digelar sebagai ahli syurga.
Menurut hadis,
umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah
sebanyak 70 ribu orang.(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh).
عنعبدالرحمنبنعوفقال: قالرسولاللهصلىاللهعليهوسلم: أبوبكرفيالجنةوعمرفيالجنةوعثمانفيالجنةوعليفيالجنةوطلحةفيالجنةوالزبيرفيالجنةوعبدالرحمنبنعوففيالجنةوسعدفيالجنةوسعيدفيالجنةوأبوعبيدةبنالجراحفيالجنة
“Dari Abdurrahman bin ‘Auf, dia berkata: Rasulullah صلىاللهعليهوسلم bersabda: Abu Bakr di surga, Umar di surga, Utsman di surga, Ali di surga, Thalhah di surga, Az Zubair di surga, Abdurrahman bin ‘Auf di surga, Sa’d di surga, Sa’id di surga, dan Abu Ubaidah ibnul Jarrah di surga.” [HR At Tirmidzi (3747), hadits shahih.]
“Dari Abdurrahman bin ‘Auf, dia berkata: Rasulullah صلىاللهعليهوسلم bersabda: Abu Bakr di surga, Umar di surga, Utsman di surga, Ali di surga, Thalhah di surga, Az Zubair di surga, Abdurrahman bin ‘Auf di surga, Sa’d di surga, Sa’id di surga, dan Abu Ubaidah ibnul Jarrah di surga.” [HR At Tirmidzi (3747), hadits shahih.]
Semoga kita
menjadi salah seorang daripadanya InsyaAllah. Untuk itu, mari kita berkenalan dengan 10 sahabat Rasulullah S.A.W yang
dijamin masuk Syurga(Asratul Kiraam) supaya kita dapat mencontohi kepribadian
mereka.
1)
Saidina
Abu Bakar As-Siddiq r.a
Abu
Bakar bin Abi Qohafah (Assiddiq) r.a, adalah seorang Quraisy dari kabilah yang
sama dengan Rasulullah S.A.W, hanya berbeza keluarga. Bila Abu Bakar r.a berasal
dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah S.A.W berasal dari keluarga
Hasyimi.Keutamaannya, Abu Bakar r.a adalah seorang pedagang yang selalu menjaga
kehormatan diri.Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlak
yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah S.A.W
yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah S.A.W.
Belum
pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar r.a minum arak atau pun menyembah
berhala.Dia tidak pernah berdusta.Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan
Rasulullah S.A.W sehingga tak hairan kemudian beliau menjadi khalifah pertama
setelah Rasulullah S.A.W wafat. Rasulullah S.A.W selalu mengutamakan Abu Bakar
r.a berbanding para sahabatnya yang lain sehingga nampak menonjol di tengah
-tengah orang lain.
Rasulullah
S.A.W bersabda : “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh
umat nescaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Baihaqi)
Abu
Bakar Ash-Shiddiq meninggal dalam usia 63 tahun, dari Beliau diriwayatkan 142
hadits.
Al
Quran pun banyak mengisyaratkan sikap dan tindakannya seperti yang dikatakan
dalam firmanNya, surah Al Lail ayat 5-7, 17-21, Fushilat ayat 30, At Taubah
ayat 40.Dalam masa yang singkat sebagai Khalifah, Abu Bakar r.a telah banyak
memperbaharui kehidupan kaum muslimin, memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin
yang enggan membayar zakat.Pada masa pemerintahannyalah penulisan Al Quran
dalam lembaran-lembaran dimulai.
2)
Saidina
Umar bin Al-Khattab r.a
Umar
Ibnu Khattab r.a, ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah S.A.W.
Umar r.a masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah r.a dan suami
adiknya Said bin Zaid r.a pada tahun keenam kenabian dan sebelum Umar r.a. Di sisi kaumnya
Umar r.a dikenal sebagai seorang yang pandai berdiskusi, berdialog, memecahkan
permasalahan serta berwatak kasar.Setelah Umar r.a masuk Islam, dakwah kemudian
dilakukan secara terang-terangan.
Begitupun
di saat hijrah, Umar r.a adalah segelintir orang yang berhijrah dengan
terang-terangan.Ia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati gerombolan
Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar r.a berkata, ”Aku akan meninggalkan Mekah
dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya
atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang aku di belakang lembah
ini!”Mendengar perkataan Umar r.a tak seorang pun yang berani mencegah Umar.
r.a
Banyak
pendapat Umar r.a yang dibenarkan oleh Allah dengan menurunkan firmanNya
seperti saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay, ataupun saat penentuan
perlakuan terhadap tawanan perang Badar, pendapat Umar dibenarkan Allah dengan
turunnya ayat 67 surat Al Anfal.
Beliau
adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang
sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya.Sebelum memeluk Islam,
Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak
ia bersyahadat di hadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai
Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan
perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.
Di
zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke
Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya
satu tahun. Beliau meninggal dalam usia 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan
berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah ra yang
sekarang terletak di dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Sebuah
Hadis yang menggambarkan peribadi Utsman r.a : “Orang yang paling kasih sayang
di antara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah
adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman. (HR Ahmad, Ibnu
Majah, Al Hakim, At Tirmidzi). Utsman r.a adalah seorang yang sangat dermawan.Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Utsmanlah
yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin.Pada
masa kepemimpinannya Utsman r.a merintis penulisan Al Quran dalam bentuk
mushaf, dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan
Khalifah Abu Bakar r.a.
Khalifah
ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya-lah seluruh tulisan-tulisan
wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian
disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga
menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau
meninggal dalam usia 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di
Baqi'.
4) Saidina
Ali bin Abi Thalib r.a
Ali
bin Abi Talib r.a, merupakan sepupu Rasulullah S.A.W dan kanak-kanak pertama
yang masuk Islam. Beliau yang menggantikan posisi Rasulullah S.A.W di tempat
tidurnya saat beliau hijrah.Semasa berlakunya perang Badar, Ali r.a menumpaskan
seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba.
Beliau mengahwini Fatimah r.a, anak
Rasulullah S.AW. Ketika
itu beliau berumur 25 tahun dan Fatimah berumur 18 tahun.Kerana kemiskinannya
Ali r.a menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para
sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina
Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan
kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah S.A.W, kekasih yang amat mereka
cintai.
Merupakan
khalifah keempat, Beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan
yang tinggi. Selain Umar bin Khaththab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal
keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil
dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya.Ali
Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, sekarang
Irak.
5) Thalhah
bin Abdullah ra
Talhah
bin Ubaidillah r.a, yang pada perang Uhud terkena lebih dari tujuh puluh
tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Talhah r.a yang sangat
berani dan kuat inilah yang menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W di
saat-saat genting, beliau memapah Rasulullah S.A.W yang tubuhnya telah berdarah
menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat kaum musyrikin
pergi meninggalkan medan peperangan kerana mengira Rasulullah S.A.W telah
wafat. Saat itu Talhah r.a berkata kepada Rasulullah S.A.W, ”Aku tebus engkau
ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi S.A.W tersenyum seraya berkata,
”Engkau adalah Talhah kebajikan.” Sejak itu beliau mendapat julukan Burung
Helang hari Uhud.
Rasulullah
S.A.W pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan
barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka
lihatlah Thalhah.”
Masuk
Islam dengan perantaraan Abu Bakar Ash-Shiddiq ra, selalu aktif di setiap
peperangan selain Perang Badar.Di dalam perang Uhud, beliau-lah yang
mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh
sehingga putus jari-jari Beliau. Thalhah bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal
di masa pemerintahan Ali bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun dan dimakamkan di
Basrah.
6) Zubair
bin Awwam ra
Azzubair
bin Awwam r.a, sahabat yang berikutnya, adalah sahabat karib dari Talhah r.a.
Beliau memeluk Islam pada usia 15 tahun dan hijrah pada usia 18 tahun. Dengan
seksaan yang ia terima dari pakciknya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnu Awwam
r.a terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said
Ibnul Ash. Azzubair ibnu Awwam r.a berhasil menombak kedua matanya sehingga
akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy
ketakutan.
Rasulullah
sangat mencintai Azzubair ibnu Awwam r.a. Beliau pernah bersabda, ”Setiap nabi
memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair
ibnu Awwam.” Azzubair ibnu Awwam r.a adalah suami Asma binti Abu Bakar r.a yang
menghantarkan makanan pada Rasulullah S.A.W saat beliau hijrah bersama ayahnya.
Pada
masa pemerintahan Umar r.a, saat panglima perang menghadapi tentara Romawi di
Mesir, Amr bin Ash r.a meminta bala bantuan pada Amirul Mukminin, Umar r.a
mengirimkan 4000 tentera yang dipimpin oleh 4 orang panglima, dan ia menulis
surat yang isinya, ”Aku mengirim empat ribu tentera bantuan yang dipimpin oleh
4 orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai 1000 orang. Tahukah anda
siapa empat orang panglima itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad
ibnu Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam.” Demikianlah dengan
izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.
Memeluk
Islam juga karena Abu Bakar Ash-Shiddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke
Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal
dan dikuburkan di Basrah pada usia 64 tahun.
7) Sa'ad
bin Abi Waqqas ra
Saad
bin Abi Waqqash r.a, beliau adalah orang yang mula-mula melepaskan anak panah
dalam membela agama Allah. Seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan
kukuh pada keislamannya. Saad bin Abi Waqqash r.a memeluk Islam sewaktu berusia
l7 tahun, dan keislamannya termasuk yang terdahulu di antara para sahabat. Hal
ini pernah diceritakannya sendiri, katanya:
"Pada
suatu saat saya beroleh kesempatan termasuk 3 orang pertama yang masuk
Islam."Maksudnya bahawa beliau adalah salah seorang di antara tiga orang
yang paling awal masuk Islam. Sesungguhnya Saad bin Abi Waqqash r.a adalah
pakcik Nabi S.A.W juga. Kerana dia adalah dari Bani Zuhrah sedangkan Bani
Zuhrah adalah keluarga Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah S.A.W.
Sa'ad
merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tentera Islam untuk
melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang Parsi.Kerana kejayaannya
menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang
al-Qadisiyyah, Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.
Ketika pemerintahan Khulafa
al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan
umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus
menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada pemulaan tamadun Islam di
China.Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan,
pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan kedua ibu bapaknya
sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82
tahun) dan dikuburkan di Baqi'.
8) Sa'id
bin Zaid ra
Said
bin Zaid r.a, beliau adalah adik ipar Umar r.a. Adalah orang yang dididik oleh
seorang ayah yang beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka
seperti halnya Salman Al Farisi r.a, dan Abu Dzar Al Ghifari r.a. Banyak orang
yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan
keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said bin Zaid r.a adalah seorang
sahabat yang sangat dermawan dan murah hati.
Sudah
Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar.Beliau
bersama Thalhah Bin Abdullah ra pernah diperintahkan oleh Rasul untuk
memata-matai gerakan musuh (Quraisy). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan
di Baqi'.
9) Abdurrahman
bin Auf ra.
Memeluk Islam
sejak kecilnya melalui Abu Bakar Ash-Shiddiq ra dan mengikuti semua peperangan
bersama Rasul.Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali.
Abdurrahman bin
Auf r.a, adalah seorang pedagang yang berjaya. Namun saat berhijrah ia
meninggalkan semua harta yang telah ia usahakan sekian lama. Namun selepas
berhijrah ke Madinah pun beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya, dan
saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar
yang masih hidup mendapat 400 dinar, sedang yang masih hidup saat itu sekitar
100 orang, termasuk Ali r.a dan Utsman. r.a
satu-satunya yang menjadi imam rasulullah.
Beliaupun
berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada ummahatul muslimin,
sehingga Aisyah r.a berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata
air Salsabil di syurga.”
Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang
meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi'
10) Abu
Ubaidillah bin Jarrah ra
Abu
Ubaidah Ibnu Jarrah r.a, yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat perang
Badar, sehingga Allah menurunkan ayat Quran surah Al Mujadilah ayat
22.Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang
terlekat pada kedua rahang Rasulullah S.A.W, dan dengan berbuat begitu beliau
rela kehilangan giginya.
Abu
Ubaidah r.a mendapat gelar dari Rasulullah S.A.W sebagai pemegang amanah umat,
seperti dalam sabda beliau : “Tiap-tiap umat ada orang pemegang amanah, dan
pemegang amanat umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Jarrah.”
Masuk
Islam bersama Utsman bin Math'uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode
kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada
tahun 18 H di Urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang
sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
video mengenai sahabat yang dijamin ke syurga
No comments:
Post a Comment