Pandangan Kami Mengenai Topik Ini


Noramyera binti Jambri
A138297
Syurga dan Neraka dalam Tamadun Islam adalah tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan kami. Saya pula ditugaskan untuk menghuraikan serba sedikit mengenai "Kesan Mempercayai Syurga dan Neraka". 

     Dalam Islam, Syurga dan Neraka adalah sebahagian daripada iman. Setiap umat Islam wajib mempercayainya. Hal ini kerana kepercayaan tersebut akan membantu kita untuk menjalani hidup dengan baik untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Selain itu, apabila kita percaya akan kewujudan Syurga dan Neraka, secara tidak langsung akan menunjukkan destinasi yang harus kita tuju di akhirat  kelak. 

     Pada pendapat saya, tajuk ini sangat bersesuaian untuk dikongsikan bersama di dalam kelas. Sungguh pun ramai pelajar Islam telah mengetahuinya, namun ini boleh dijadikan sebagai peringatan dan pertambahan ilmu kepada yang bukan Islam. Hal ini kerana saya percaya bahawa terdapat juga agama lain yang mempercayai mengenai wujudnya Syurga dan Neraka. 

    Di samping itu, saya berasa topik ini agak sensitif kerana harus memastikan kesahihan segala sumber yang diperolehi. Namun begitu, kami banyak mengaitkan huraian kami dengan dalil Al- Quran yang menjadikan kami lebih yakin dengan huraian tersebut.





Nurul Farhana binti Dzulkhifli
A137887
 
Syurga dan neraka merupakan tajuk subjektif yang dipelajari oleh semua insan yang beragama termasuk agama Islam.
bagi pandangan saya sebagai salah seorang ahli kumpulan ini yang diberi tanggungjawab untuk memberi penerangan mengenai syurga dan neraka mendapati bahawa banyak fakta yang boleh mempengaruhi hidup dan kelakuan seseorang. ini kerana berdasarkan amalan seseorang kita boleh secara kasarnya mengetahui kedudukan kita di akhirat kelak. dengan mencontohi keperibadian sahabat-sahabat nabi yang dijamin syurga mampu mengubah manusia ke jalan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

Menerusi sub-topik yang diamanahkan iaitu untuk pengertian syurga dan neraka juga 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, kini saya lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kini saya semakin sedar akan mengapa penghuni neraka lebih ramai walau didalam Al-Quran menyatakan bahawa syurga itu ada sungai yang mengalir dibawahnya dan neraka itu tempat kesialan dan menyakitkan. berdasarkan hadis riwayat bukhari "nabi Muhammad s.a.w bersabda:  Allah menutup syurga dengan hal-hal yang tidak disukai manusia manakala neraka dihijabi hal-hal yang disukai syahwat-syahwat.

Oleh itu kita sebagai umat manusia yang sering diberi pelbagai keistimewaan harus sedar dan mengambil peluang tersbut untuk menjadi ahli Syurga dengan mencontohi keperibadian sahabat-sahabat rasulullah dan mempraktikkan amalan-amalan yang boleh membawa kita di syurga dan menghindari neraka. Wallahualam.




Afiqah binti Mohammad Azahari
A137174
Pertama kali mendapat tajuk berkaitan dengan Neraka dan Syurga, saya pernah terfikir bagaimana rupa Syurga dan Neraka sebenarnya. Saya telah mendapat subtopik Kehidupan di Syurga dan Neraka dan Amalan-Amalan yang Mendorong Masuk ke Syurga dan Neraka. Pertama sekali saya mengkaji tentang kehidupan di Syurga. Setelah banyak membaca artikel-artikel tentang kehidupan di syurga saya banyak menjumpai ayat ini “ Seindah mana kehidupan di dunia, indah lagi kehidupan di Syurga”. Sebenarnya kehidupan di Syurga ini tidak boleh dibayangkan oleh sesiapa pun. Kemudian saya mengkaji pula tentang kehidupan di Neraka. Saya amat terkejut dengan kehidupan di Neraka, yang sangat dasyat. Bayangkan kulit kita akan dibakar dengan api yang 63 kali ganda kepanasannya dengan api yang ada didunia. Di Neraka tiada langsung kenikmatan malah terdapat banyak siksaan.
Kedua, saya mengkaji tentang amalan-amalan yang mendorong masuk ke Syurga dan Neraka. Sebernarnya sangat mudah untuk masuk ke Syurga jika di dunia kita menurut segala perintah Allah swt. Walaupun wanita banyak masuk ke neraka, sebenarnya wanita juga mudah untuk masuk ke Syurga dengan menjaga aurat mereka dan menuruti segala perintah suaminya. Biasanya ahli neraka adalah seseorang yang mensyirikan Allah dan orang yang tidak menurut segala perintah Allah. Pengetahuan yang saya baru dapat tentang amalan-amalan yang mendorang masuk ke Neraka adalah ada tiga golongan yang hamper masuk ke Syurga tetapi dicampakkan ke Neraka. Pertama adalah orang yang mati syahid, niat berjuang ke jalan Allah kerana mahu diangkat sebagai “Wira”, kedua guru yang mengajar tetapi niat mengajar kerana mahu dihormati dan ketiga adalah si kaya raya yang suka bersedekah tetapi mahu dikenali sebagai “Dermawan”.
Kesimpulannya jika segala perbuatan kita buat adalah ke jalan Allah, Syurgalah tempat kita, jika perbuatan kita kerana mahu dikenali di dunia, Nerakalah tempat kita.



Nor Syamimi binti Said
A138411

Tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan kami, kumpulan ke-5 ialah Syurga dan Neraka dalam Tamadun Islam dan sub-tajuk yang telah diberikan kepada saya ialah 'Kenapa Kaum Wanita Paling Ramai masuk ke Neraka?'.

 Melalui tajuk ini, saya mendapati kaum wanita yang beragama Islam mempunyai banyak peluang untuk memasuki syurga. Hanya terdapat empat syarat sahaja yang perlu mereka patuhi iaitu; solat mencukupi 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga maruah diri mereka dan mentaati perintah suami. 

Walaupun demikian, kaum wanita masih menjadi kaum yang teramai yang berada di Neraka dan antara punca utamanya ialah menderhaka/ tidak mentaati perintah daripada suami. Rasulluah r.a sendiri telah bersabda bahawa 'Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad) dan “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i). 

Pada pandangan saya, kaum wanita yang tidak tahu mensyukuri sebarang pemberian atau kebaikan yang dibawa oleh suaminya adalah wanita yang tergolong seperti yang di sebutkan di dalam hadis ini. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita mengetahui bahawa syurga seorang anak berada di bawah tapak kaki ibunya, manakala syurga seorang isteri pula berada di bawah tapak kaki suaminya. Maka dengan ini, kaum wanita wajib mentaati perintah suami khususnya yang menyeru kepada kebaikan dan sentiasa mensyukuri rezeki yang telah dibawa oleh suami kepada keluarganya. Sekirannya wanita tersebut enggan, dia bukan sahaja telah berdosa kepada suaminya, malahan kepada Allah S.WT kerana rezeki tersebut datang daripada-NYA. Suami juga perlulah mendidik isteri dengan baik dan berani untuk menegur kesalahan isteri agar kedua-dua mendapat keredhaan daripada Allah dalam rumah tangga mereka dan agar si isteri tidak akan menderhaka kepada suami. 


Siti Nazirah binti Muhamad Zahir
A137774

Memahami syurga dan neraka dalam tamadun islam merupakan topik yang perlu dibincangkan oleh ahli kumpulan kami. Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyediakan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Kesemua manusia yang beriman akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia.  Sub-topik yang perlu saya bincangkan adalah mengenai golongan yang dijamin masuk syurga dan neraka serta nikmat syurga dan dahsyatnya neraka.  Golongan yang dijamin masuk syurga atau neraka ini ditentukan oleh Allah S.W.T berdasarkan dalil Al-Quran dengan amalan yang mereka lakukan. Bukan hanya dengan satu amalan kebaikan di dunia sahaja bahkan segala amalan yang dilakukan oleh manusia akan di hisab. Oleh itu, kita perlu sentiasa waspada dan beringat dengan segala amalan yang kita lakukan supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dijamin masuk neraka.  Seterusnya, Allah telah menggambarkan kenikmatan syurga melalui berbagai cara.  Antaranya ialah melalui pintu-pintu syurga, penamaan syurga, tingkatan syurga, bangunan-bangunan dalam syurga dan makanan dan minuman penghuni syurga. Di dalam syurga terdapat segala macam kenikmatan, kelazatan, kesenangan, kebahagiaan dan kesejukan pandangan mata.  Jika dibayangkan, kehidupan di syurga cukup indah.  Berbeza pula dengan dahsyatnya kehidupan di neraka, mereka mendapat azab yang pedih dan penjara bagi mereka. Mereka juga tidak memperoleh makanan serta minuman mereka adalah air nanah.  Dari sini kita boleh lihat keistimewaan yang terdapat dalam syurga dan azab yang terdapat didalam neraka yang dapat memberi kita gambaran serta kesedaran supaya kita tidak alpa dengan kehidupan didunia. Jadi, kita sebagai makhluk Allah harus muhasabah diri dengan segala amalan yang kita lakukan supaya kita tergolong dalam golongan yang berada di syurga.



Khairunnisa binti Ahmad Jailani
A138457


Assalamualaikum w.t.b., kami diberi tajuk “Syurga dan Neraka”. Syurga dan neraka merupakan alam ghaib yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Syurga dicipta indah dari emas manakala neraka diciptakan daripada api.  
Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai wujudnya alam ghaib termasuklah syurga dan neraka. Yang akan menentukan seseorang itu masuk ke syurga ataupun neraka adalah dengan amalnya semasa hidup di dunia.   Syurga dicipta untuk hamba Allah yang mengikut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya , manakala neraka pula untuk orang yang meninggalkan perintah Allah dan melakukan laragan-Nya.
Berdasarkan sub-topik yang diberikan, iaitu “Nama-nama syurga” dan “Penghuni bagi Syurga dan Neraka”, kita dapat lihat tingkatan syurga dan neraka beserta orang yang layak menghuninya. Namun, tidak semua dinyatakan, hanya sebahagian seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Terdapat juga pertanyaan mengenai topic ini kerana sesetengah pendapat mengatakan bahawa tingkatan syurga dan neraka hanya tujuh, dan terdapat sesetengah pendapat mengatakan adanya lapan tingkatan syurga dan neraka. Wallahualam.
Natijahnya, kita hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mengikut ajaran yang telah diturunkan melalui al-Quran mahupun as-Sunnah. 

1 comment: