Sunday, April 28, 2013

Golongan Yang Dijamin Masuk Syurga..


1. Memberi Makan. Rasulullah saw bersabda: “Sembahlah Allah Yang Maha Rahman, berikanlah makan, tebarkanlah salam, nescaya kamu masuk syurga dengan selamat ” (HR. Tirmidzi)? “Wahai manusia, tebarkanlah salam, berikanlah makan, sambunglah hubungan silaturrahim, solatlah diwaktu malam sementara orang-orang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat ” (HR. Tirmidzi, ibnu Majah dan Hakim).

2. Menyambung Silaturrahim. Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka memutuskan, Sufyan berkata dalam riwayatnya: yakni memutuskan tali persaudaraan ” (HR. Bukhari dan Muslim).? “Ketika Rasulullah saw bertanya kepada pada sahabat tentang mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang orang yang akan menjadi penghuni syurga? diantaranya beliau menjawab: Seorang laki-laki yang mengunjungi saudaranya di penjuru kota dengan ikhlas kerana Allah ” (HR. Ibnu Asakir, Abu Na’im dan Nasa’i).

3. Solat Malam Tempat terpuji di sisi Allah swt adalah syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tiada terkira, kerana salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk diberi tempat yang terpuji itu adalah dengan melaksanakan solat tahajjud di saat ramai manusia yang tertidur, Allah swt berfirman: “Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji ” (QS Al Isra [17]:79).

4. Memudahkan Orang Lain. Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki masuk syurga. Dia ditanya: “Apa yang dulu kamu kerjakan?”. Dia menjawab, dia ingat atau diingatkan, dia menjawab: “Aku berjual beli dengan manusia lalu aku memberi masa kepada orang yang dalam kesulitan dan mempermudah urusan dengan pembayaran dengan dinar atau dirham”. Maka dia diampuni (HR. Muslim dan Ibnu Majah) Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, Allah memudahkannya di dunia dan akhirat ” (HR. Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

5. Berjihad. Manakala kaum muslimin mahu berjihad, maka Allah swt menyediakan syurga untuk siapa saja yang berjihad di jalan-Nya, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya: “Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersama Dia, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. dan mereka Itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan, dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung. Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar” (QS At Taubah [9]:88-89).

6. Tidak Sombong. Takabbur atau sombong adalah menganggap dirinya lebih dengan meremehkan orang lain, kerana orang yang takabbur itu seringkali menolak kebenaran, apalagi bila kebenaran itu datang dari orang yang kedudukannya lebih rendah dari dirinya. Oleh sebab itu, bila kita mati dalam keadaan terbebas dari kesombongan akan mendapat jaminan masuk surga, Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mati dan ia terbebas dari tiga hal, yakni sombong, fanatisme dan utang, maka ia akan masuk surga ” (HR. Tirmidzi).

7. Tidak Memiliki Fanatisme Yang Berlebihan. Manakala seseorang memiliki fanatisme yang berlebihan terhadap golongan sehingga segala pertimbangan dan penilaian terhadap sesuatu berdasarkan golongannya, bukan berdasarkan nilai- nilai kebenaran, maka hal ini sudah tidak boleh dibenarkan, inilah yang disebut dengan ashabiyah yang sangat dilarang di dalam Islam. Nabi saw: “Bukan golongan kamu orang yang menyeru kepada ashabiyah, bukan golongan kami orang yang berperang atas ashabiyah dan bukan golongan kami orang yang mati atas ashabiyah ” (HR. Abu Daud)

8. Terbebas Dari Hutang. Rasulullah saw bersabda: “Berhati-hatilah dalam berhutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) pada siang hari ” (HR. Baihaki) Rasulullah saw bersabda: “Hutang itu ada dua jenis, barangsiapa yang mati meninggalkan hutang, sedangkan ia berniat akan membayarnya, maka saya yang akan mengurusnya, dan barangsiapa yang mati, sedangkan ia tidak berniat akan membayarnya, maka pembayarannya akan diambil dari kebaikannya, kerana di waktu itu tidak ada emas dan perak ” (HR. Thabrani).

9. Peka Terhadap Peringatan. Peka terhadap peringatan membuat seseorang mudah menerima segala peringatan dan nasihat dari siapapun agar waspada terhadap segala bahaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat, sikap ini merupakan sesuatu yang amat penting karena setiap manusia amat memerlukan peringatan dari orang lain, kerana orang seperti itu akan mudah menempuh jalan hidup yang benar sehingga mendapat jaminan akan masuk ke dalam syurga. “Akan masuk syurga kelak kaum-kaum yang hati mereka seperti hati burung ” (HR. Ahmad dan Muslim).

10. Menahan Amarah Al ghadhab atau marah merupakan salah satu sifat yang sangat berbahaya sehingga ia telah menghancurkan manusia, baik secara peribadi mahupun kelompok. Ada beberapa bahaya dari sifat marah yang harus diwaspadai. Rasulullah saw “Marah itu dapat merosakkan iman seperti pahitnya jadam merosakkan manisnya madu ” (HR. Baihaki).? “Wahai anak Adam, ingatlah kepada-Ku ketika kamu marah. Maka Aku akan mengingatmu jika Aku sedang marah (pada hari akhir) “.? “Orang kuat bukanlah yang dapat mengalahkan musuh, namun orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawall dirinya ketika marah ” (HR. Bukhari dan Muslim).? “Janganlah engkau marah dan syurga bagimu ” (HR. Ibnu Abid Dunya dan Thabrani).

11. Ikhlas Menerima Kematian Anak dan OrangYang Dicintai. “Tidaklah mati tiga anak seseorang, lalu dia merelakannya (karena Allah) kecuali dia rnasuk syurga”. Seorang wanita bertanya: “atau dua orang anak juga, wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab: “atau dua anak” (HR. Muslim).? “Tidak ada pembalasan dari bagi seorang hamba-Ku yang percaya, jika Aku mengambil kekasihnya di dunia, kemudian ia redha dan berserah kepada-Ku, melainkan syurga ” (HR. Bukhari).

12. Bersaksi Atas Kebenaran Al- Qur’an.Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mengalirkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari Kitab-Kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman, Maka catatlah Kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Ouran dan kenabian Muhammad saw). Mengapa Kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada Kami, Padahal Kami sangat ingin agar Tuhan Kami memasukkan Kami ke dalam golongan orang- orang yang soleh ?”. Maka Allah memberi mereka pahala terhadap Perkataan yang mereka ucapkan, (yaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang ikhlas keimanannya). (QS. Al-Maidah: 5]: 83-85).

13. Berbagi Kepada Orang Lain. “Empat puluh kebaikan yang paling tinggi adalah pemberian seekor kambing yang diperah susunya. Tidak seorangpun yang melakukan salah satu darinya dengan mengharapkan pahala dan membenarkan apa yang dijanjikan disebabkannya, kecuali Allah memasukkannya ke dalam syurga ” (HR. Bukhari).

14. Hakim Yang Benar. Hakim-hakim itu ada tiga golongan, dua golongan di neraka dan satu golongan di syurga: Orang yg mengetahui yang benar lalu memutus dengannya, maka dia di syurga. Orang yg memberikan keputusan kepada orang-orang di atas kebodohan, maka dia itu di neraka dan orang yang mengetahui yg benar lalu dia menyeleweng dalam memberikan keputusan, maka dia di neraka (HR. Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’l, Ibnu Majah dan Hakim).? Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, danjanganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang- orang yang khianat (QS An Nisa [4]:105).

No comments:

Post a Comment