Sunday, April 28, 2013

SYURGA DAN NERAKA


بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap insan yang beragama pasti mengakui kewujudan syurga dan neraka sebagai destinasi yang kekal abadi dalam usaha memberi peringatan mengenai balasan yang bakal diterima oleh manusia dalam setiap perkara yang dilakukan.Peringatan demi peringtan diberi kepada umat Nabi Muhammad S.A.W mengenai balasan syurga dan neraka. Antaranya ialah dalam Surat Aali ‘Imroon (3) ayat 185 sebagai berikut

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَالْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Ertinya:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

Ayat di atas menyatakan bahawa kiamat merupakan perhentian terakhir sebelum kita mengetahui destinasi kita yang hakiki.Dan destinasi itu ialah syurga dan neraka.Sekiranya, syurga itu menguntungkan timbul persoalan, mengapa penghuni neraka lebih ramai?
Ada sebuah hadis yang sangat menarik riwayat Imam Bukhari menerangkan sebabnya, terjemahnya menyatakan:

 Nabi saw. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, “Surga ditutupi (dihijab) dengan hal-hal yang dibenci, dan neraka ditutupi dengan syahwat-syahwat.”

Berdasarkan riwayat hadis tersebut sebenarnya tersingkap kisah dimana selepas Allah mencipta syurga dan neraka, Allah memanggil para malaikat untuk melihat kedua ciptaan-NYA.
Serentak malaikat menjawab ” Sesuungguhnya Ya Allah, tidaklah hamba-Mu mendengar disebut nama surga kecuali mereka akan berharap dimasukkan ke dalamnya, dan tidaklah hambamu mendengar disebut nama neraka kecuali mereka akan berlindung darinya.”
Kemudian Allah menutupi surga dengan hal-hal yang dibenci manusia dan menutupi neraka dengan syahwat yang disukai manusia. Maka setelah itu para malaikat menjadi khuatir neraka akan lebih dipilih oleh manusia berbanding syurga.
Keadaan ini menerangkan bahawa bagaimana neraka boleh memiliki penghuni yang ramai berbanding syurga.Dan untuk mendalami lebih mendalam mengenai konsep syurga dan neraka, kita harus mengetahui apakah itu syurga dan apakah itu neraka.

ERTI SYURGA

Syurga atau dikenali sebagai al-Jannah jamak dari Jinan dalam bahasa arab diertikan dari segi bahasa sebagaisebuah taman yang indah dipenuhi dengan pelbagai nikmat keselesaan.

Menurut syarak pula diertikan sebagaisuatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh selepas mereka dibangkitkan semula pada hari akhirat.

Berdasarkan definisi syurga sebagaitaman indah, ia tampak sesuai dengan gambaran dalam Al-Quran sebagai sebuah tempat yang indah dan dipenuhi pohon-pohon rendang, sungai yang mengalir jenih dan segala keindahan lain.


Sebagaimana firma Allah menyatakan

فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاء بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan.
Sebagaimana ungkapan di atas, syurga merupakan lanjutan beramal salih sebaliknya untuk perbuatan ingkar, neraka merupakan destinasi yang nyata.

video yang menggambarkan syurga Allah.


ERTI NERAKA

Neraka atau an-Nar dari segi bahasa mendefinisikan sebagai api yang menyala, keadaaan yang sengsara, penyakit parah, kemiskinan dan kesialan.

Dari segi istilah pula, an-Nar ialah suatu tempat di akhirat yang penuh dengan segala seksa, kesusahan dan kesengsaraan, yang wujudnya merupakan api yang menyala-nyala dengan dasyatnya sampai dapat menggerunkan sesiapa sahaja, hatta orang yang terkenal paling berani sekalipun.

Gambaran dahsyat api neraka yang mana bahan bakarnya ialah manusia dan batu.


Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS, 66:6)

Ancaman ini tidak lain adalah untuk menginsafkan dan mendisiplinkan manusia agar tidak melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini dan menjalankan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.


Ingatlah wahai sekalian saudaraku , bahawa peringatan dan janji Allah ini tentang NERAKA bukan suatu perkara yang boleh di buat main-main,
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakalanya seorang hamba mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang jarak dalamya antara timur dan barat.” (Bukhari dan Muslim)

video yang menggambarkan neraka










No comments:

Post a Comment