Sunday, April 28, 2013

Kesan Mempercayai Syurga dan Neraka


Keislaman seseorang yang telah diiktiraf tidak menjamin penerimaan mereka ke syurga. Hadith Rasulullah yang diriwayatkan  Abu Sa’id al-Khudri ada menyebut bahawa mereka yang ke syurga dan neraka akan ke sana bila tiba waktunya. Tetapi mereka yang ke neraka, akan dinilai kemudian sama ada mempunyai keimanan walau sebesar zarah sekalipun, maka Allah akan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke syurga (Sahih Bukhari).

Antara kesan mempercayai Syurga dan Neraka :

1. Mendorong seseorang untuk bertaqwa
            
            Taqwa amat berharga dalam kehidupan seorang Mukmin kerana menjadi ukuran di sisi Allah SWT. Dalam mengharungi kehidupan akhirat tidak ada bekal yang lebih baik selain taqwa. Firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah 197 yang bermaksud 
                   “Berbekallah kalian sesungguhnya sebaik-baik bekal adl taqwa.”

Ketaqwaan juga menyebabkan semua urusan dimudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan rezeki yang banyak. Firman Allah SWT dalam Surah Ath-Thalaq 2-3 yg bermaksud 
      “Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yg tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan nya.”

Pendek kata taqwa adalah sesuatu yang paling mahal yang harus kita kejar dan pertahankan dalam diri kita jika ingin menjadi manusia yang paling mulia baik di dunia mahupun kelak setelah terpisahnya roh dari jasad.
Definisi taqwa sebagaimana yang dikatakan oleh ibnu Mas’ud 
       “Engkau berbuat taat kepada Allah dgn cahaya dari Allah dgn mengharap pahala Allah dan engkau tinggalkan maksiat kepada-Nya dgn cahaya dariNya karena takut akan siksaNya“.

Dan pengertian tersebut dapat kita fahami bahawa nilai taqwa seseorang amat berkait dengan kadar raja’ terhadap pahala Allah SWT dan kadar khauf terhadap neraka Allah SWT. Selain itu, yang paling awal adalah seberapa kadar ma’rifatullah yang ia miliki. Itulah tiga unsur dasar yang mendorong seseorang untuk bertaqwa kepada Allah SWT. 

2. Memberi ketenangan

Allah merupakan Khaliq yang menciptakan manusia. Sudah pasti Yang Menciptakan mengetahui     baik & buruk makhluk ciptaan-Nya. Lumrah manusia akan merasakan suatu ketenangan yang jarang diungkap dengan perkataan apabila kembali ke tempat yang harus kita kembali.
Misalnya seorang anak yang merantau ke luar bandar dapat merasa ketenangan setibanya pulang ke kampung halaman bertemu ibubapa yang mendidik & membesarkan mereka. Inikan pula Allah yang menciptakan manusia. Hal ini membenarkan firman-Nya yang Maha Agung:  

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah hati-hati manusia.

Jelaslah keimanan seseorang sudah cukup untuk mendatangkan ketenangan dalam diri seseorang.


3. Mengerah diri untuk melakukan kebaikan

             Setelah mengetahui bahawa kehidupan di Syurga adalah sangat nikmat. Seseorang itu akan mengidamkan untuk melayakkan diri akan dapat mendapat tempat untuk masuk ke sana. Dengan itu, seseorang itu akan mendorong dirinya agar sentiasa melakukan kebaikan. Hal ini kerana setiap kebaikan akan dibalas pada akhirat kelak.

4. Mengutuhkan pegangan Aqidah

Iman dan aqidah saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kualiti iman menjamin utuhnya pegangan aqidah seseorang. Sirah rasul-rasul terdahulu membuktikan kemantapan iman yang diterapkan rasul kepada pengikut-pengikutnya telah mengutuhkan aqidah mereka walau diseksa pihak kuffar dan musyrikin.

Di zaman Nabi S.A.W, keislaman Sumayyah telah tersebar di kota Mekah menyebabkan beliau serta keluarga diseksa sehingga syahid namun tidak berganjak keimanan dan aqidah mereka kepada Allah walau di saat peritnya diseksa musyrikin.

               Begitu juga dengan Bilal Bin Rabah yang diseksa tuannya, Umayyah Bin Khalaf di tengah padang           pasir ditambah pula dengan batu yang besar diletakkan di atas dada beliau. Namun, keimanan yang diterap Rasulullah S.A.W berhasil mendidik aqidah beliau supaya meng-Esakan Allah.            

5. Menimbulkan perasaan takut

Seseorang itu tidak mungkin dapat menjadi Muttaqin sejati tanpa rasa takut kepada hari akhirat yang menjadi penentuan tempat tinggal syurga atau neraka! Mari kita semak maksud firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Muzammil 17
Maka Bagaimanakah kamu akan dapat memelihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban.[17]”

Seseorang mampu mengorbankan apa saja untuk Rabbnya dan rela meninggalkan hawa nafsunya agar terhindar dari neraka. Marilah kita semak kembali lembaran kehidupan generasi terbaik ummat ini. Salaf Ash-Shaleh yang telah berjaya menerapkan rasa takut terhadap neraka ke dalam sanubari mereka. Mereka adalah orang-orang yang menjadikan malam mereka penuh tangis dan harap agar terselamatkan dari neraka. Mereka adalah sejauh-jauh manusia yang meninggalkan larangan Allah SWT.


Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. mempunyai seorang budak. Suatu malam budak tersebut datang kepadanya dengan membawa makanan. Ketika Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. sedang memakannya satu suapan budak tadi berkata 
Mengapa engkau tidak menanyakan tentang makanan ini padahal biasanya engkau selalu menanyakannya?” 
Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. menjawab “Karena saya sangat lapar. Dari mana kau dapatkan makanan ini?” 
Budak itu menjawab “Suatu saat pada masa jahiliyyah aku melewati suatu kaum kemudian meruqyah mereka dan mereka menjanjikan kepadaku. Tatkala lain waktu saya singgah ke tempat tersebut saya diberi hadiah“. 
Berkata Ash-Shiddiq “Celakalah kau....hampir saja kamu mencelakakanku“. 
Ia meminta semangkuk air dan meminumnya sampai ia bisa memuntahkan makanan tadi. Orang yang melihat hal itu berkata “Semoga Allah merahmatimu. Hanya karena sesuap makanan itukah kau lakukan semua ini?” 
Beliau menjawab “Seandainya ia tidak bisa keluar kecuali bersama jiwaku pasti aku akan mengeluarkannya. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘Setiap jasad yang tumbuh dari harta yang haram maka neraka adalah lebih pantas baginya’. Maka aku takut jika tubuhku ini tumbuh dari sesuap makanan tersebut“.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a. suatu ketika menangis sehingga isterinya ikut menangis. Karena tangisan mereka berdua para tetangganya pun ikut menangis. setelah tangis reda isterinya Fatimah bertanya kepadanya “Wahai Amirul Mukminin apa yang membuatmu menangis?’. Ia menjawab “Saya membayangkan keadaan manusia nanti di hadapan Allah SWT. Sebagian masuk syurga dan lainnya masuk neraka“. Kemudian ia menjerit dan pingsan.

Abdullah bin Mubarak suatu malam pelita yang meneranginya padam. Setelah dihidupkan kembali ternyata jenggotnya sudah basah dengan air mata karena membayangkan kegelapan hari akhir nanti.

Demikian juga Abu Faruq pingsan setelah mendengar satu ayat Al-Qur’an. Kondisi jiwa seperti inilah yang membuat mereka menjadi manusia yang paling zuhud dan wara’ terhadap dunia dan takut berbuat dosa walau sekecil apapun. 


6. Menjauhkan diri daripada melakukan maksiat

Keimanan yang mendalam menggalakkan diri seseorang melakukan amalan yang hanya diredhai-Nya di samping meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Hal ini kerana orang yang beriman memahami hikmah perintah & larangan-Nya. Terdapat sepotong hadith yang membuktikan bahawa iman mampu menjauhkan diri dari maksiat:

                 “Tidak berzina seseorang yang berzina, sedangkan ketika ia
berzina dalam keadaan beriman, tidak mencuri seseorang
pencuri itu sedangkan ia dalam keadaan beriman, dan tidak
minum arak seseorang peminum arak sedangkan ia dalam
keadaan beriman” [Riwayat Bukhari & Muslim]


7. Menginsafi segala kesilapan

             Seseorang yang mempercayai akan wujudnya Neraka akan menginsafi segala kesilapan yang pernah dilakukannnya. Hal ini ekoran daripada mengenang azab yang akan diterima di Neraka atas kesilapan lalu. Sejurus demikian, seseorang itu akan bertaubat daripada kejahatannya.

No comments:

Post a Comment